Aku baru je lepas melayan konsert Kilauan Emas ala ala Akedemi Fantasia yang ditayangkan secara langsung di astro prima 105 setiap hari rabu jam 930 malam. Tapi yang ni bukan kelas remaja punya. Ini akedemi otai. Bukan aku nak cerita tentang semua peserta dalam akademi ni.
Tapi dalam banyak banyak peserta dalam konsert kilauan emas ni, gua suka(bukan cintan beb) dengan brader ni sorang. Namanya Mior, dia ni memang OTAI beb. Umur pun tak muda. Tapi dia memang rockers beb. Tak mustahil lah dia ada ramai peminat. Dengan rambutnya yang panjang,pakai memang rock abis la. Suara pulak best, ada iras iras macam vokal Mus May. Brader ni memang sempoi abis lah.
Ok, pasal brader mior ni aku sembang dalam bab lain la, sekarang aku nak ceritakan tentang konsert malam tu yang bertemakan ROCK beb!!!. Aku ambil sebahagian perjalanan konsert malam tu masa part brader Mior menyanyi dan seterusnya. Lepas je Raja Azura panggil brader Mior Masuk, member pun menyanyilah lagu SEMANGAT PERJUANGAN beb!!!. Membara jiwa aku masa tu dengar lagu Dari kumpulan May berkumandang di kaca tv. Berani brader ni nak bawak lagu May. Tapi gua respek abis, suara dia memang best. Ada story lagi tapi tak cukup ruang pulak..
ROCKERS

Friday, May 10, 2013
Gua Rock,Brader!!!
Hari ini adalah hari pertama aku blogging pasal ROCK ni. Sejak aku dibangku sekolah lagi iaitu sekitar era 80an aku dihidangkan dengan muzik muzik rock, samada ia digelar rock kapak atau sebagainya. Maklum la, masa zaman aku dulu lagu lagu rock ni memang sinonim dengan era aku masa tu. Sehinggalah sekarang kalau aku dengar lagu lagu rock dimainkan oleh corong corong radio atau radio di pasaraya, jiwa aku jadi lain macam semacam aku inginkan saat rock itu. Ditambah pulak kalau dengar lagu dari kumpulan MAY,SYJ,OLAN,LAKSAMANA,PUTRA,UTOPIA dan sebagainya..perghh. Perasaan tu memang payah nak digambarkan lah. Hanya orang yang berjiwa rock akan lebih memahami apa yang aku rasakan. Tak sama dengan era 2k sekarang, banyak genre muzik muncul macam cendawan tumbuh. Tapi apabila dengar je satu lagu rock contohnya macam sekarang ni contahnya lagu dari kumpulan PUTRA tajuknya Cinta kain putih. Perghh pastinya macamnak layan sampai habis beb.
Subscribe to:
Posts (Atom)